BAHASA MELAYU ADALAH BAHASA TAMADDUN, BAHASA PERADABAN, BAHASA KEMAJUAN, BAHASA ILMU, BAHASA YANG MENCERMINKAN JATI DIRI BANGSA MELAYU.

Ahad, 9 Disember 2012


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu

GENERASI hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun
bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia,
Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga
Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja,
serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu
Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di
Papua New Guinea dan pulau-pulau di
Asia-Pasifik. Perkataan "Melayu" sebenarnya
berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau
Malai, yang bermaksud "Gunung"; dan "Gunung" itu pula ialah perkataan Melayu moden
untuk perkataan purbanya "Pnom". Marko
Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk
bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur;
catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600, merujuk bahasa di
Melaka sebagai Malaio; manakala catatan
China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu.
Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka,
tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem
angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang
sama sistemnya seperti angka sekarang).
Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa
ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu
dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada
pada mereka itu kepada enam bidang ilmu
termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera (iaitu astronomi,
astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik).
Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang
Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau
jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki,
unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah
Inggeris (fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang
raja England abad ke-16. Yang menariknya, ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu
daripada istilah unit isi padunya, drum.
Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi,
sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan seperti
eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua dimensi, bhineka=dua aneka, tri-
(tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera =
lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta.
Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal abad ke-16M mencatat
perkataan Melayu ini sebagai "iouta". Di Barat,
sebahagaian daripada unitnya yang setara dengan
unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai
abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta
dalam abad-abad selepasnya.
Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu
berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib).
Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang
terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib
atau mujarobat dan ahlinya tabib. Sebahagian
besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia, bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sains
moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis;
dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu
amatlah diingini dan mahal harganya kerana
semua sains bermula dengan hipotesis.
Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu
dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum), kosmogeni dan
falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi
Ma’syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni
Abdul Rahman pada 1209h/1794M.
Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa
Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam
zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana
minda bangsanya.

2 ulasan:

  1. Terima kasih atas maklumat yang telah dikongsi bersama.

    BalasPadam
  2. Tahniah di atas penghasilan blog .Ilmu yang diberi dapat dikongsi bersama.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini